Isnin, 9 Januari 2017

MANA BUKTI RASUAH KOTAK-KOTAK EZAM??? CEPAT DEDAH.

Tahun 1998/1999 Ezam memberitahu dunia bahawa dia ada 6 kotak bukti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa PM ketika itu.
Badan Pencegah Rasuah ketika itu (sekarang SPRM) meminta Ezam menyerah bukti2 itu kpd mereka utk disiasat.
Dgn meniru gaya suara seperti Anwar Ibrahim ,Ezam memberitahu kita semua bahawa beliau tidak akan menyerahkan bukti2 itu kpd BPR, kerana selagi Mahathirrrrrrrrr Mohamad berkuasa dia tidak percayakan BPR. Itu BPR alat Mahathir yg zalim, yg rakus, yg khianat negara, yg rompak negara dan mcm2 tuduhan lagilah.
Tahun 2008 apabila Tun Abdullah Badawi tubuh SPRM. Ezam puji menggunung dan mula percayakan SPRM. Mahathir dah tak berkuasa. BPR dah jadi SPRM. Ezam tak juga serahkan bukti rasuah 6 kotak itu.
Tahun 2013 pula Ezam dilantik sbg ahli Jawatankuasa Khas SPRM. Mahathir dah tidak berkuasa. Ezam pula yg ada suara dlm SPRM. Ezam tidak juga serahkan bukti2 itu.
Hari ini Ezam menulis di FB dia tentang persaraan Datuk Bahri. Dgn lagak bagaikan pendekar Ezam mulakan tulisan dgn perkataan SALUTE terhadap Datuk Bahri. Tak kan salute orang saja ? Anda pula bila nak di salute ? Tak kan nak puji orang saja ? Keberanian sendiri pula utk mendedahkan atau menyerahkan 6 kotak bukti rasuah kpd SPRM bila nak teruji ? Buktikan anda betul2 pendekar sejati wahai Ezam. Bukannya pendekar tempang.
Bab sembang kenal dgn org itu...orang ini...baik dgn orang itu...baik dgn orang ini memang Ezam kencang. Kalau duduk dgn dia dgr dia sembang habis orang semua dia kenal, dia baik dan orang itu respek dia. Fuhhh kalau anda dgr memang akan terpegun seolah2 Bill Gates tu pun kawan baik dia. Ibaratnya begitulah. Betul tak Haji Mohd Zaffarollah dan Ba'am Al Assad ?
Dalam FB hari ini Ezam sembang dia kenal Tan Sri Abu Kasim, kenal Datuk Shukry, kenal Datuk Bahri. Macamana dia boleh tak kenal sebab dia pernah jadi ahli JK Khas SPRM. Mestilah kenal...
Persoalannya, jika dulu dia tak percaya BPR kerana kata BPR adalah alat Mahathir. Masa kenal orang2 berpangkat dan berkuasa dlm SPRM, kenapa tidak serahkan 6 kotak bukti rasuah itu kpd mereka ?
Hari ini Ezam ckp kpd orang ramai adalah menjadi tanggungjawab kita melawan rasuah. Sayang negara jgn sampai negara rosak. Tapi dimana tanggungjawab anda wahai Ezam Mohd Noor ? Anda bersekongkol dgn rasuah. Anda simpan bukti rasuah sampai 6 kotak ? Andalah sebenarnya pengkhianat. Andalah sebenarnya perosak negara.
Nota: Bukti2 rasuah 6 kotak itu masih wujud sepertimana pengakuan Ezam dlm wawancara dgn Sinar Harian November 2016.